Saturday, 24 September 2016

1.3.1 Idea dan Faktor Gagasan Malaysia

1.3.1 Idea dan Faktor Gagasan Malaysia



  • Pada tahun 1959 , pemimpin Parti Tindakan Rakyat (PAP) di Singapura , iaitu Lee Kuan Yew berusaha mendapatkan kemerdekaan bagi Singapura dengan mencadangkan pencantuman Singapura dengan Tanah Melayu . Cadangan tersebut ditolak oleh Perdana Menteri Tanah Melayu , Tunku Abdul Rahman kerana bimbang akan wujud masalah sosial disebabkan majoriti penduduk Singapura ialah kaum Cina . Tambahan pula , gabungan Singapura dengan Tanah Melayu akan menjadikan komposisi kaum Cina melebihi orang Melayu serta mengancam kedudukan orang Melayu . 


  • Tunku Abdul Rahman berpendapat bahawa Singapura boleh bergabung dengan Tanah Melayu sekiranya Sabah , Sarawak , dan Brunei turut bergabung dengan Tanah Melayu dan membentuk sebuah persekutuan yang dinamakan "Malaysia" . Beliau telah menyuarakan pendapat tersebut semasa berucap dengan wartawan asing samasa Persidangan Persatuan Wartawan Luar Negeri Asua Tenggara di Hotel Adelphi,Singapura pada 27 Mei 1961 . 

1.3 Pembentukan Malaysia




Persekutuan tanah Melayu mencapai kemerdekaan pada 31 Ogos 1957 . Pada waktu itu , Singapura masih belum mendapat kemerdekaan daripada British . Sabah dan Sarawak masih kekal sebagai Tanah Jajahan British , manakala Brunei di bawah perlindugan kerajaan British . Usaha penubuhan Malaysia mendapat pelbagai cabaran dan reaksi dari dalam negeri dan luar negara . 

PENGENALAN PEMBENTUKAN MALAYSIA




PENGENALAN

Malaysia yang wujud pada hari ini mempunyai sejarah pembentukan yang panjang lebar . Pada peringkat awal , ia dikenali sebagai Tanah Melayu atau Malaya . Setelah mencapai kemerdekaan , Parti Perikatan yang memerintah Tanah Melayu mendapati keadaan politik yang tidak tenteram di negara-negara jiran boleh memberi kesan kepada kemerdekaan Tanah Melayu . Justeru , Perdana Menteri Tanah Melayu yang pertama pada waktu itu , Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj telah menyuarakan idea pembentukan Gagasan Malaysia yang melibatkan Tanah Melayu , Singapura , Borneo Utara (Sabah) , Sarawak dan Brunei . 

PENGENALAN AHLI KUMPULAN

PENGENALAN AHLI KUMPULAN